- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun di paras 14,300

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,611 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,598 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa temujanji di Stadium Bukit Jalil.
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa temujanji di Stadium Bukit Jalil.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 14,345 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,097,221 kes.

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,611 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,598 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,255, Kedah (967), Kelantan (1,050), Perak (1,090), Pulau Pinang (1,170), Kuala Lumpur (307), Pahang (779), Melaka (162), Negeri Sembilan (125), Terengganu (804) dan Selangor (1,396).

Putrajaya (11), dan Perlis (51) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (3) sahaja yang yang mencatatkan kes harian satu digit hari ini.

MENYUSUL LAGI