Saturday, October 23, 2021

Dewan Rakyat akan bahas statistik kanak-kanak jadi yatim akibat Covid-19

Kementerian akan menyatakan langkah yang diambil dalam penjagaan dan kebajikan kanak-kanak yatim akibat pandemik.

Other News

Statistik kanak-kanak menjadi anak yatim disebabkan kehilangan ibu bapa yang meninggal dunia akibat Covid-19 merupakan antara isu bakal dikupas pada persidangan Parlimen hari ini.

Menurut Aturan Urusan sidang Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan yang akan diajukan Hannah Yeoh (DAP-Segambut) kepada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Yeoh turut meminta kementerian itu menyatakan langkah yang diambil dalam penjagaan dan kebajikan kanak-kanak tersebut.

Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) pula akan meminta menteri komunikasi dan multimedia menyatakan langkah proaktif diambil untuk membendung penyalahgunaan media sosial yang mencetuskan suasana kegusaran dalam kalangan orang ramai terutamanya berkaitan vaksin Covid-19.

Dalam sesi soal jawab lisan itu juga, Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) meminta menteri tenaga dan sumber asli menyatakan sejauh mana pemantauan aktiviti pembalakan di kawasan yang digazet sebagai hutan simpanan dan tindakan diambil terhadap kes pelanggaran.

Persidangan Dewan Rakyat hari ini juga akan menyambung semula perbahasan titah diraja.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 adalah sidang Parlimen yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles