- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun bawah 15,000

Sarawak kekal tertinggi dengan rekod sebanyak 2,707 disusuli Selangor yang mencatat 2,028 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penduduk Lembah Klang mengambil kesempatan meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga pada cuti hujung minggu susulan peralihan ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.
Penduduk Lembah Klang mengambil kesempatan meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga pada cuti hujung minggu susulan peralihan ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 14,954 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,097,830 kes.

Kes harian Sarawak kekal tertinggi dengan rekod sebanyak 2,707 disusuli Selangor yang mencatat 2,028 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,356, Kedah (809), Kelantan (1,420), Perak (1,222), Pulau Pinang (1,259), Kuala Lumpur (383), Pahang (705), Melaka (207), Negeri Sembilan (144), Terengganu (671) dan Johor (1,948).

Putrajaya (19), dan Perlis (76) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan tidak mencatatkan sebarang kes.

23,469 pesakit disahkan sembuh, menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan sebanyak 1,863,922.

Sementara itu, seramai 1,194 peakit kini berada di ICU, termasuk 882 pesakit positif Covid-19.

665 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan termasuk 401 kes positif Covid-19.

Dari 14,954 kes yang dilaporkan, 243 (1.6%) adalah kes Kategori Tiga dan ke atas.

Sementara baki 98,4% berada dalam Kategori Satu dan Dua.