- Iklan -
Berita

78.2% dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

93.1% atau 21,938,426 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak membawa kotak berisi vaksin dan dibawa ke dewan orang ramai perkampungan orang asli untuk proses vaksinasi kepada suku Temuan di Sungai Congkak, Hulu Langat.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak membawa kotak berisi vaksin dan dibawa ke dewan orang ramai perkampungan orang asli untuk proses vaksinasi kepada suku Temuan di Sungai Congkak, Hulu Langat.

Seramai 18,295,014 individu atau 78.2% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.1% atau 21,938,426 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 232,559 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 73,106 dos pertama dan 159,453 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,155,975 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.