- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun lagi ke paras 15,500

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 2,929 hari ini disusuli Johor yang mencatat 2,208 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang ayah meluangkan masa bersama keluarga pada cuti hujung minggu sempena peralihan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara di Lembah Klang.
Seorang ayah meluangkan masa bersama keluarga pada cuti hujung minggu sempena peralihan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara di Lembah Klang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 15,549 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,082,876 kes.

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 2,929 hari ini disusuli Johor yang mencatat 2,208 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,395, Kedah (1,073), Kelantan (1,214), Perak (1,120), Pulau Pinang (1,375), Kuala Lumpur (382), Pahang (634), Melaka (263), Negeri Sembilan (131) dan Terengganu (755) dan Selangor (1,995).

Putrajaya (31), Labuan (11) dan Perlis (33) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

MENYUSUL LAGI