- Iklan -
Berita

77.5% dewasa dalam negara lengkap vaksin Covid-19

92.9% atau 21,861,904 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai yang menerima vaksin lengkap diberikan beberapa kelonggaran di Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara. Antaranya dibenarkan untuk makan di restoran selain melakukan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial.
Orang ramai yang menerima vaksin lengkap diberikan beberapa kelonggaran di Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara. Antaranya dibenarkan untuk makan di restoran selain melakukan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial.

Seramai 18,135,561 individu atau 77.5% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 92.9% atau 21,861,904 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 238,002 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 162,016 dos pertama dan 75,986 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 39,923,416 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.