- Iklan -
Berita

Singapura rekod 910 kes baru Covid-19, tertinggi sejak Mei tahun lalu

Lebih dari 80% populasi Singapura telah menerima vaksin Covid-19.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Kerajaan Singapura menghentikan dahulu proses pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial negara itu berikutan kenaikan kes Covid-19. Gambar:AP
Kerajaan Singapura menghentikan dahulu proses pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial negara itu berikutan kenaikan kes Covid-19. Gambar:AP

Menteri kesihatan Singapura melaporkan 910 kes baru Covid-19 pada Khamis, tertinggi sejak Mei tahun lalu.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.