- Iklan -
Berita

55% populasi, 76.8% dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

66.7% populasi telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu suntikan termasuk dos tunggal CanSino.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil kesempatan meluangkan masa beriadah bersama keluarga pada cuti hujung minggu selepas Kuala Lumpur beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.
Orang ramai mengambil kesempatan meluangkan masa beriadah bersama keluarga pada cuti hujung minggu selepas Kuala Lumpur beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

Sebanyak 55% atau 17,973,545 individu daripada populasi negara sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Sementara itu, sebanyak 21,783,871 atau 66.7% populasi telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu suntikan termasuk dos tunggal CanSino.

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 92.7% populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino sementara 76.8% lengkap vaksinasi.

Setakat semalam, sebanyak 39,685,414 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan 292,298 dos daripadanya diberikan semalam.