Saturday, October 23, 2021

PM umum tambahan Bantuan Wang Ihsan hadapi bencana monsun

Tambahan bantaun itu adalah bagi meringankan beban mangsa-mangsa bencana sepanjang musim tersebut.

Other News

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas sepanjang musim monsun timur laut atau yang terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan oleh jawatankuasa pengurusan bencana (JPBP).

Dalam sebuah kenyataan, Ismail berkata keputusan menaikkan kadar bantuan tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana terutama ketika negara berdepan impak ekonomi akibat pandemik Covod-19.

“Inisiatif Bantuan Wang Ihsan ini dijangka akan meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah yang melibatkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

“Pemberian bantuan ini bukanlah satu bentuk pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dialami mangsa, tetapi untuk mengurangkan beban yang ditanggung,” katanya.

Menurut Ismail, ia adalah antara pendekatan baru kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi monsun timur laut yang dijangka berlaku awal November 2021 sehingga penghujung Mac 2022, melibatkan negeri-negeri seperti Pantai Timur, Johor, Sabah, dan Sarawak.

Awal hari ini, Ismail mengumumkan peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kepada Sabah sebanyak RM18,241,250 bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan penduduk terjejas dapat diringankan.

“Saya berharap sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk pengurusan bencana dan meringankan beban mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di Penampang, Sabah semalam.

“Saya turut bersimpati kepada keluarga mangsa yang terkorban.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles