Thursday, October 21, 2021

Pemantauan SOP di lokasi tumpuan awam di KL, Putrajaya ditingkatkan

Pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), penggunaan pembesar suara dan butang kecemasan.

Other News

Pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi tumpuan awam ditingkatkan susulan peralihan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), pada 10 September lepas.

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim berkata ia dilaksanakan dengan meningkatkan pemantauan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), penggunaan pembesar suara dan butang kecemasan, di samping menempatkan penguatkuasa serta kereta peronda di lokasi tertentu.

Beliau berkata semua kaedah itu akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak berlaku sebarang pelanggaran SOP.

“Sebagai contoh di lokasi tumpuan di Putrajaya, ia dilengkapi dengan CCTV dan pembesar suara yang akan dipantau dari bilik gerakan sekali gus berfungsi untuk memberi peringatan dan hebahan mengenai SOP kepada pengunjung,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi Rumah Prihatin @Grand Seasons sempena Hari Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Shahidan berkata buat masa ini belum ada cadangan untuk mengehadkan jumlah pengunjung dan had waktu di sesuatu kawasan berikutan keadaan masih terkawal.

Bagaimanapun katanya sebarang perubahan peraturan akan diputuskan melalui pemantauan laporan kes harian Covid-19 yang menjadi kriteria utama.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles