Monday, September 27, 2021

Putrajaya perkenal pakej internet untuk pelajar, keluarga kurang mampu

Pakej bantuan kepada pelajar bagi memiliki atau menaik taraf peranti mudah alih secara percuma turut diperkenalkan.

Other News

Putrajaya hari ini mengumumkan inisiatif baru berbentuk pakej prabayar dan peranti pintar khusus bagi membantu golongan remaja dan pelajar mendapat akses internet di bawah pakej remaja dan keluarga.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata pakej itu juga turut diperluas kepada golongan yang kurang berkemampuan.

“Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah pakej prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan hanya RM10 sebulan dan dibayar untuk 3 bulan sebanyak RM30 mereka akan mendapat data 20GB untuk tiga bulan.

“Selain itu, turut diberikan data 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta internet asas tanpa had.”

Selain pakej prabayar internet, Annuar berkata Pakej Peranti Keluarga Malaysia diperkenalkan bagi membolehkan rakyat memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih secara percuma.

Menurut Annuar, setiap keluarga memerlukan alat peranti pintar agar tidak ketinggalan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Pakej Peranti Keluarga Malaysia akan membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

“Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.”

Pakej tersebut turut termasuk 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti dengan setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua pakej menggunakan kad pengenalan yang sama.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles