- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 meningkat, jangkau 19,000 jangkitan

Sarawak catat kes harian melebihi 4,700 jangkitan hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu  untuk meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga melakukan aktiviti berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga melakukan aktiviti berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Malaysia merekodkan 19,495 kes baru hari ini menjadikan kes keseluruhan sebanyak 2,030,935 jangkitan.

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,709 diikuti Selangor yang mencatat 2,710 jangkitan.

Kuala Lumpur mencatat 363 kes, Sabah (2,015), Johor (1,860), Kedah (1,178), Pulau Pinang (1,757), Kelantan (1,434), Negeri Sembilan (222), Perak (1,174), Pahang (766), Melaka (190), Terengganu (993), Putrajaya (16), dan Perlis (180).

Labuan tidak mencatat sebarang kes hari ini.