Tuesday, September 28, 2021

Azhar minta Azalina pengerusikan Dewan Rakyat buat sementara waktu

Beliau mempengerusikan sidang hari ini mengikut Aturan Mesyuarat 7(3) yang di peruntukkan.

Other News

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini meminta Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said mempengerusikan siding Dewan Rakyat hari ini menggunakan Aturan Mesyuarat 7(3).

Ketika mempengerusikan sidang, Azalina berkata dirinya hanya menggantikan Azhar buat sementara waktu.

“Ini sementara sahaja, muta’ah sekejap sahaja. Ini mengikut Aturan Mesyuarat 7(3),” kata Azalina dengan nada bergurau merujuk istilah perkahwinan kontrak dalam ajaran mazhab Syiah ketika ditanya oleh Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.

Ketika dihubungi, Azhar berkata tindakan memilih Azalina mempengerusikan sidang itu adalah bagi membolehkan beliau menyelesaikan beberapa perkara lain.

Ditanya mengapa timbalan beliau Mohd Rashid Hasnon tidak memangku tugas tersebut, Azhar berkata ahli Parlimen Batu Pahat itu sudah mempengerusikan sidang awal hari ini.

Beliau turut menambah akan kembali mempengerusikan sidang Dewan Rakyat selepas ini.

Kemunculan Azalina mempengerusikan sidang menarik beberapa ahli Parlimen untuk mempertanyakan situasi yang jarang dilihat pada sidang Dewan Rakyat.

Klausa Aturan Mesyuarat 7(3) yang dirujuk Azalina tersebut berbunyi: “Seseorang ahli boleh diberikan kuasa oleh Yang di-Pertua sehingga Yang di-Pertua kembali.”

Azalina meletakkan jawatan sebagai timbalan yang di-pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos lalu.

Azalina berkata tindakan tersebut diambil supaya dapat menjalankan kewajipan dengan berkesan tanpa rasa takut atau memihak kepada mana-mana pihak.

Pemilihan calon menggantikan beliau sebelum ini dijangka akan dilakukan semalam, namun ia ditangguh ke Oktober depan.

Dua nama yang disebut-sebut menggantikan Azalina adalah Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dari blok kerajaan dan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming, calon dari Pakatan Harapan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles