Monday, September 20, 2021

Takiyuddin jalan kuarantin kendiri selepas jadi kontak rapat

Bagaimanapun hasil dua ujian RT-PCR yang dilaksanakan masing-masing pada 10 dan 13 September lepas, adalah negatif.

Other News

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan mengesahkan beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau memaklumkan bagaimanapun hasil dua ujian RT-PCR yang dilaksanakan masing-masing pada 10 dan 13 September lepas, adalah negatif.

“Namun saya masih perlu jalani kuarantin kendiri hingga 20 September. Ia sebagai mematuhi peraturan kesihatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi individu yang menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

“Berikutan itu, saya tidak dapat menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang berlangsung semalam dan Persidangan Dewan Rakyat sepanjang minggu ini serta tidak dapat menjalankan tugasan rasmi secara fizikal,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun tanggungjawab dan amanah akan dilaksanakan secara dalam talian sepanjang tempoh kuarantin.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles