- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 turun lagi ke paras 15,000

Kes harian Selangor catat rekod  tertinggi sebanyak 2,632 hari ini disusuli Sarawak yang mencatat 1,983 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa temujanji di Stadium Bukit Jalil.
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa temujanji di Stadium Bukit Jalil.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 15,666 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,011,440 kes.

Kes harian Selangor catat rekod  tertinggi sebanyak 2,632 hari ini disusuli Sarawak yang mencatat 1,983 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,784, Kedah (1,207), Kelantan (1,406), Perak (856), Pulau Pinang (1,651), Kuala Lumpur (411), Pahang (763), Melaka (329), Negeri Sembilan (143) dan Terengganu (483).

Putrajaya (14) dan Perlis (30) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Hanya Labuan (3) sahaja yang yang mencatatkan kes harian satu digit hari ini.

8,053 pesakit sembuh dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,764,579.

Sementara itu 1,266 pesakit diletakkan di unit rawatan rapi termasuk 954 disahkan pesakit Covid-19 dan 312 disyaki dan masih di bawah pemeriksaan.

689 orang memerlukan alat bantuan pernafasan termasuk 432 orang yang disahkan positif Covid-19.