Monday, October 18, 2021

Sabah jalankan ujian swab terhadap orang utan selepas kakitangan pusat konservasi disahkan positif Covid

Ahli veterinar akan terus memantau spesies itu dan ujian akan terus dijalankan secara berkala.

Other News

Puluhan orang utan di Malaysia menjalani ujian swab Covid-19 oleh petugas veterinar susulan seorang kakitangan pusat konservasi haiwan itu didapati positif Covid-19.

Selasa lalu, ujian antigen terhadap 30 ekor orang utan tersebut dijalankan dan hasil keputusan menunjukkan kesemuanya disahkan negatif, kata Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Kumpulan orang utan itu adalah yang pertama menjalani ujian sedemikian di negara Asia Tenggara.

“Ujian Covid-19 adalah satu cara untuk bantu kita mengharungi pandemik ini, ia juga penting terhadap populasi orang utan,” kata Sen Nathan yang merupakan pembantu pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah.

“Penyakit tersebut boleh beri kesan buruk terhadap kesihatan mereka dan boleh mengganggu proses rehabilitasi haiwan ini.”

Ahli veterinar akan terus memantau spesies itu dan ujian akan terus dijalankan secara berkala, katanya lagi.

Haiwan turut dijangkiti wabak Covid-19

Minggu lalu, sebuah zoo di Atlanta mengumumkan beberapa ekor gorila disahkan positif Covid-19.

Kucing domestik, anjing dan seekor feret juga turut dilaporkan mendapat jangkitan wabak tersebut.

Ketika ini, Malaysia sedang berdepan peningkatan kes Covid-19 berpunca daripada varian Delta dengan ribuan kes harian direkodkan selain ratusan kematian akibat wabak itu.

Sabah yang turut berdepan peningkatan kes wabak tersebut merupakan negeri di utara Borneo di mana ia menempatkan kawasan hutan yang menjadi habitat haiwan liar .

Orang utan Borneo diklasifikasi sebagai haiwan “yang sangat terancam” oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).

Menurut WWF, populasinya semakin kurang dari 50% sejak 60 tahun lalu akibat habitatnya ditebang dan diteroka bagi tujuan perladangan.

Borneo merupakan wilayah yang dikongsi bersama Malaysia Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles