- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun lagi ke paras 16,000

Sarawak kekal tertinggi sebanyak 3,522 hari ini disusuli Johor yang mencatat 2,030 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana Kuala Lumpur selepas beralih ke Fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN). di Fasa Dua aktiviti makan di premis restoran dibenarkan kepada penerima vaksinasi lengkap.
Suasana Kuala Lumpur selepas beralih ke Fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN). di Fasa Dua aktiviti makan di premis restoran dibenarkan kepada penerima vaksinasi lengkap.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 16,073 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,995,771 kes.

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 3,522 hari ini disusuli Johor yang mencatat 2,030 kes jangkitan.

Selangor mencatatkan kes harian sebanyak 1,947, Sabah (1,649), Kedah (1,191), Kelantan (1,070) , Perak (1,011), Pulau Pinang (1,243), Kuala Lumpur (398), Pahang (878), Melaka (206), Negeri Sembilan (156) dan Terengganu (704).

Labuan (11), Putrajaya (16) dan Perlis (41) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 24,813 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,746,526.

Dalam pada itu, 967 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 444 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.