Saturday, October 23, 2021

Angkatan tentera akan guna tempat parkir sebagai hospital medan Pulau Pinang

Menurut Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein hospital medan itu akan digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 dalam Kategori Empat dan Lima.

Other News

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina hospital medan bagi merawat pesakit Covid-19 di ruang parkir kakitangan Hospital Pulau Pinang, kata Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata hospital medan itu akan digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 dalam Kategori Empat dan Lima.

“Saya sudah arahkan tentera darat untuk bina hospital medan di Pulau Pinang,” katanya dan menambah hospital tersebut akan dapat merawat lebih 100 pesakit bagi ketegori tenat dengan emat unit bagi pesakit yang perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Beliau menambah 50 anggota ATM akan diarahkan ke hospital medan tersebut yang dijangka akan beroperasi pada Ahad depan.

Minggu lalu, Hishammuddin berkata angkatan tentera sentiasa bersedia untuk membantu kementerian kesihatan untuk membina hospital medan bagi merawat pesakit Covid-19 yang berada di Kategori Tiga ke atas di lima negeri yang teruk terkesan wabak itu termasuk Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Beliau berkata ATM memiliki infrastruktur yang cukup selain kepakaran dan aset yang boleh digerakkan pada bila-bila masa.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles