- Iklan -
Berita

Angka kematian Covid-19 kembali 2 angka ketika 52.6% populasi Malaysia lengkap vaksinasi

99 kematian sebenar harian direkodkan dalam tempoh 24 jam iaitu sehingga 11.59 malam, 12 September.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang Asli Temuan beratur menunggu giliran sebelum masuk ke pusat vaksinasi di Sungai Congkak, Hulu Langat.
Orang Asli Temuan beratur menunggu giliran sebelum masuk ke pusat vaksinasi di Sungai Congkak, Hulu Langat.

Jumlah kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu di negara ini berkurang kepada dua angka selepas kali terakhir merekodkannya dua bulan lalu.

Kementerian kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 99 kematian sebenar harian direkodkan dalam tempoh 24 jam iaitu sehingga 11.59 malam, 12 September.

Sementara itu, jumlah melibatkan kes kematian tertunggak (backlog) yang tidak dilaporkan sebelum ini adalah sebanyak 292 kes.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 20,711 kes.

Setakat semalam, 52.6% atau 17,177,911 individu melengkapkan vaksinasi Covid-19 di seluruh negara

Kali terakhir jumlah kematian akibat Covid-19 di negara mencatatkan dua angka adalah pada 6 Julai lalu iaitu sebanyak 99 kes.

Sementara itu, bagi kadar vaksinasi sebanyak 52.6% atau 17,177,911 daripada keseluruhan populasi di negara ini, telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka setakat semalam.

Sebanyak 65.4% atau 21,372,276 pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,476 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 34,488,051.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.