- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kekal di bawah 20,000, Sarawak catat lebih 5,000 jangkitan

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 5,291 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,347 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Klinik Kesihatan Petaling memberikan vaksinasi kepada warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenangan Budi Kuala Lumpur di Petaling Jaya.
Petugas Klinik Kesihatan Petaling memberikan vaksinasi kepada warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenangan Budi Kuala Lumpur di Petaling Jaya.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,198 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,979,698 kes.

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 5,291 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,347 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,717, Johor (2,110), Kedah (1,256), Kelantan (1,435) , Perak (1,118), Pulau Pinang (1,309), Kuala Lumpur (376), Pahang (584), dan Terengganu (930).

Hanya Labuan (3) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 20,980 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,721,713.

Dalam pada itu, 960 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 444 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.