- Iklan -
Berita

KPM adakan sesi libat urus bersama pengetua, guru besar di Sarawak

Sesi libat urus itu tersebut adalah untuk mendengar pandangan mereka bagi membantu kementerian pendidikan dalam memuktamadkan pelan komprehensif pengoperasian sekolah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Pendidikan Radzi Jidin semasa lawatan ke PPV Murid 16 dan 17 tahun di SMK Matang Jaya, Kuching hari ini. Gambar: KPM
Menteri Pendidikan Radzi Jidin semasa lawatan ke PPV Murid 16 dan 17 tahun di SMK Matang Jaya, Kuching hari ini. Gambar: KPM

Satu sesi libat urus mengenai pengoperasian sekolah diadakan antara Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin dengan pengetua serta guru besar di Bahagian Kuching hari ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook milik Radzi, beliau memaklumkan sesi perjumpaan itu bertujuan mendapatkan input dan mendengar pandangan mereka untuk membantu kementerian pendidikan (KPM) dalam memuktamadkan pelan komprehensif pengoperasian sekolah termasuk Sarawak yang berada dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.

Barisan KPM yang turut sama pada sesi perjumpaan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Noor Zamani Abdol Hamid.

Rombongan KPM yang tiba di Kuching kira-kira 11 pagi tadi turut melawat Pusat Pemberian Vaksin Murid 16 hingga 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, di sini.

Selain itu, rombongan berkenaan turut mengadakan sesi libat urus bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang diwakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Sim Kui Hian dan Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Annuar Rapaee.