Wednesday, October 20, 2021

Kes harian Covid-19 kembali turun bawah 20,000

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 3,743 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,416 kes jangkitan.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,550 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,960,500 kes.

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 3,743 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,416 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 2,163, Johor (2,282), Kedah (1,390), Kelantan (1,320) , Perak (1,354), Pulau Pinang (1,865), Kuala Lumpur (555), Pahang (722), dan Terengganu (953).

Hanya Labuan (2) catat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 21,771 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,700,733.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 242,161 kes.

Dalam pada itu, 936 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 453 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

MENYUSUL LAGI

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles