- Iklan -
Berita

72% populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Semalam, 287,059 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di seluruh negara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menyuntik vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menyasarkan kawasan pedalaman Orang Asli. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan menyuntik vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menyasarkan kawasan pedalaman Orang Asli. Gambar: Bernama

Sebanyak 72% atau 16,856,812 populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 38,001,646 dos vaksin telah diberikan setakat semalam, termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

“Semalam, sebanyak 287,059 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.