Saturday, October 16, 2021

Penyokong, portal pro-Najib mula serang LHDN

Agensi itu jadi mangsa serangan penyokong bekas perdana menteri ituyang baru-baru ini melaporkannya kepada polis terhadap badan cukai tersebut.

Other News

Penyokong bekas perdana menteri, Najib Razak mula menyerang Lembaga Hasil Dalan Negeri (LHDN) di media sosial yang dipercayai dijalankan oleh penyokong Najib Razak, dua hari selepas bekas perdana menteri itu melaporkan kepada polis mendakwa agensi itu dipengaruhi motif politik ketika menuntut tunggakan cukai terhadapnya berjumlah lebih RM1 bilion.

Serangan itu dimulakan beberapa portal yang dilihat seperti portal berita yang mendakwa pegawai agensi itu akan mendedahkan nama ahli politik yang kononnya mengarahkan LHDN mengenakan penalti cukai kepada ahli Parlimen Pekan itu.

Menurut portal itu, pegawai-pegawai LHDN terbabit dipercayai melanggar Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan.

Ia juga turut menuduh seorang pegawai tinggi badan itu menghadiahkan kereta mewah buat isterinya.

Portal lain pula turut menyerang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang didakwa mereka menjadi alat politik kepada pihak tertentu.

Capaian terhadap artikel portal-portal ini turut dikongsi beberapa penyokong Najib di media sosial.

Salah seorang penyokong Najib, Aizat Asyraf berkata dia mahu LHDN mendedahkan nama ahli politik yang dikatakan bertanggungjawab disebalik penalti cukai terhadap ahli Parlimen Pekan itu.

Najib membuat laporan polis baru-baru ini dan mendakwa ada bukti penggunaan dokumen palsu oleh LHDN terhadapnya, selain terdapat pegawai agensi itu yang diarahkan ahli politik tertentu untuk bertindak terhadapnya.

Namun rata-rata komen pengguna media sosial tidak terpengaruh dengan laporan polis dibuat Najib.

Mereka turut mengingatkan Najib terhadap dakwaan yang dibuat beliau dahulu bahawa mereka yang tidak membayar cukai adalah pengkhianat negara.

Antara lain, mereka mempersoalkan mengapa laporan polis dibuat Najib hanya selepas pertukaran perdana menteri dari Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ke Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob bulan lalu.

Semalam, Mahkamah Rayuan menolak Najib rayuan dan anaknya, Mohd Nazifuddin untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembayaran cukai masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.

Pada 2019, LHDN memfailkan tuntutan saman terhadap Najib bagi menuntut lebih RM1.69 bilion daripada bekas perdana menteri itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles