- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 jangkau 21,000

Jangkitan keseluruhan Covid-19 kini semakin hampir mencecah 2 juta.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Doktor sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah, Dr Mohammad Al-Imran Kassim menjalankan vaksinasi kepada seorang penduduk di Kampung Melayu, Ampang.
Doktor sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah, Dr Mohammad Al-Imran Kassim menjalankan vaksinasi kepada seorang penduduk di Kampung Melayu, Ampang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 21,176 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,940,950 kes.

Sarawak masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,734 diikuti Selangor 3,595, Johor (2,297), Sabah (2,246), Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Perak (1,366), Kelantan (1,254) dan Pahang (853).

Terengganu pula mencatatkan 776 kes, Melaka (485), Kuala Lumpur (467), Negeri Sembilan (252), Perlis (77) dan Putrajaya (21).

Hanya Labuan (6) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 21,476 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,678,962.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 242,161 kes.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 1,310 kes.

Daripada keseluruhan angka itu, 935 kes adalah pesakit sah Covid-19, 375 masih dalam siasatan.

Malaysia turut mencatat 341 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 19,827.