- Iklan -
Berita

Usahawan didakwa sebabkan kecederaan kini berdepan pertuduhan kes bunuh

Tiada pengakuan bersalah direkodkan Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33, selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ahmad Noor Azhar Muhammad di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. Dia didakwa membunuh S Thava Sagayam. Gambar: Bernama
Ahmad Noor Azhar Muhammad di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. Dia didakwa membunuh S Thava Sagayam. Gambar: Bernama

Seorang usahawan didakwa di Mahkamah Majistret pada Januari lalu kerana menyebabkan kecederaan seorang pegawai keselamatan sebuah pangsapurai dibawa sekali lagi ke mahkamah hari ini untuk berdepan pindaan pendakwaan kesalahan membunuh, susulan kematian mangsa bulan lalu.

Pertuduhan tersebut dipinda selepas polis mengklasifikasi semula kematian pegawai keselamatan tersebut yang diserang ketika menjalankan tugas di kawasan kolam renang pangsapuri tersebut Disember tahun lalu sebagai kes bunuh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan bersalah dirakamkan oleh Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33, selepas pertuduhan dibaca di hadapan majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

MENYUSUL LAGI