- Iklan -
Berita

Separuh populasi Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

64.1% atau 20,943,582 daripada populasi keseluruhan pula, telah mendapat sekurang-kurangya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang Asli Mah Meri menerima vaksinasi kedua Pfizer di Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun.
Orang Asli Mah Meri menerima vaksinasi kedua Pfizer di Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun.

Separuh daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia atau 50.5% (16,492,295) kini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 64.1% atau 20,943,582 daripada populasi keseluruhan pula, telah mendapat sekurang-kurangya satu dos vaksin.

Sebanyak 320,452 dos vaksin Covid-19 melibatkan 128,038 dos pertama dan 192,414 dos lengkap juga diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 37,392,241.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.