Saturday, October 23, 2021

Putrajaya kaji turunkan harga kit ujian kendiri Covid-19 akhir tahun ini

Menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna serta kementerian kesihatan sedang meneliti perkara itu.

Other News

Kerajaan sedang mengkaji untuk menurunkan lagi harga Kit Ujian Kendiri Covid-19 menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan ia mudah diakses oleh semua orang.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna serta kementerian kesihatan sedang meneliti perkara itu.

“Bagi memperluas usaha pengujian, kementerian kesihatan telah mengiktiraf RTK Antigen dan meluluskan beberapa kit ujian kendiri Covid-19 yang boleh dibeli di farmasi di seluruh negara.

“Selain itu, untuk menjadikan kit jjian kendiri boleh diakses semua orang, kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna dan kementerian kesihatan telah menetapkan harga siling kit ujian ini bawah RM20,” katanya dalam ucapan khas semasa Sidang Kemuncak Pelan Pemulihan Negara yang diadakan secara maya hari ini.

Kerajaan telah menetapkan harga siling runcit bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 dijual pada harga RM19.90 setiap set manakala RM16 setiap set untuk harga borong, berkuat kuasa 5 September.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles