Friday, September 24, 2021

Pakar kesihatan gesa orang ramai lebih sensitif selepas kejadian bunuh diri di Sarawak

Pakar kesihatan mental beri amaran jangan berkongsi video kematian bunuh diri, kerana mungkin boleh menyebabkan segelintir orang menirunya.

Other News

Pakar kesihatan mental di Sarawak menggesa orang ramai supaya berhenti menyebar klip yang memaparkan bunuh diri di negeri itu, memberi amaran ia boleh meningkatkan risiko “jangkitan bunuh diri” atau peniruan perbuatan itu.

Dalam sebuah kenyataan, Persatuan Kesihatan Mental Sarawak turut menggesa orang ramai untuk mengelak daripada menonton video tersebut, mengatakan kandungan video seperti itu harus dilaporkan dan bukannya dikongsi semula.

“Jangkitan bunuh diri adalah satu perkara yang merbahaya kerana video sedemikian rupa boleh menyebabkan trauma kepada orang kesayangan individu dalam video tersebut, dan beri kesan negatif kepada orang lain yang turut bergelut dengan keadaan diri mereka,” katanya.

Polis berkata lelaki dalam video itu adalah seorang peguam yang menghidapi kemurungan susulan perceraiannya bulan lalu.

Dr Ravivarma Rao Panirselvam yang merupakan pakar psikiatri klinikal di Hospital Miri berkata menangani isu bunuh diri adalah satu tugas yang kompleks.

Beliau berkata penting bagi orang ramai mempelajari isu tersebut subelum mereka dapat hulurkan sokongan mereka.

“Bunuh diri ini kompleks,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Tak ada satu sebab orang bunuh diri. Untuk bicarakan isu ini, kita mesti gunakan sebuah forum yang dikendalikan dengan baik bagi menawarkan ruang selamat.”

Katanya, orang ramai boleh menawarkan sokongan dengan menghubungi pakar kesihatan.

“Kita mesti sentiasa ingat garis panduan komuniti bagi semua platform-platform ini,” tambahnya.

Beliau juga turut menggesa media untuk memainkan peranan dengan melaporkan berita dengan penuh etika berhubung isu-isu tersebut bagi meningkatkan kesedaran dalam masyarakat.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles