Friday, October 22, 2021

Mahkamah putuskan bayi kelahiran warga Malaysia di luar negara berhak dapat kewarganegaraan

Hakim Akhtar Tahir membenarkan saman tuntut pengisytiharan anak wanita Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing secara automatik dapat memperoleh kewarganegaraan.

Other News

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh wanita warga Malaysia dan bapa bukan warganegara secara automatik berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia.

Dalam penghakimannya secara dalam talian hari ini, hakim Akhtar Tahir memutuskan wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing memiliki hak yang sama dengan lelaki warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia bagi anak mereka yang lahir di luar negara.

Saman tersebut difailkan kumpulan hak asasi Family Frontiers dan enam wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing, pada 18 Disember tahun lalu.

Mereka menuntut enam perintah mahkamah termasuk pengisytiharan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama dengan Artikel 14 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan yang tidak bercanggah dengan Bahagian (1) (b) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan bayi kepada ibu warga Malaysia yang dilahirkan di luar negara boleh mendapat kerakyatan secara automatik.

Mereka turut menuntut antara lain, perintah mahkamah supaya semua agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, jabatan imigresen dan kedutaan Malaysia mengeluarkan semua dokumen berkaitan kewarganegaraan – termasuk pasport dan kad pengenalan – kepada bayi kelahiran luar negara daripada ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing.

MENYUSUL LAGI

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles