- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kekal di paras 19,000

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 3,118 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,700 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
SELANGOR, 2 September 2021 - Petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor memberi suntikan vaksin kepada orang asli suku Temuan selepas berjaya memujuk orang asli untuk hadir ke PPV bagi menerima vaksin, mereka pada awalnya enggan menerima vaksin dan ini merupakan penerima dos pertama di Kampung Orang Asli Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,307 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,919,774 kes.

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 3,118 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,700 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 2,298, Johor (2,032), Kedah (1,355), Kelantan (1,438) , Perak (1,341), Pulau Pinang (2,243), Kuala Lumpur (513), Pahang (661), dan Terengganu (910).

Tidak ada negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 24,855 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,657,486.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 242,802 kes.

Dalam pada itu, 967 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 464 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 323 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 19,486.