Thursday, October 21, 2021

Guan Eng nafi langgar peraturan kuarantin kendiri

Lim hanya diberitahu menjadi kontak rapat Covid-19 pada hari kedua sidang DUN.

Other News

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan tuduhan beliau melanggar kuarantin kendiri dengan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2 September lalu.

Sebuah kenyataan berkata Lim hanya diberitahu menjadi kontak rapat Covid-19 pada hari kedua sidang DUN.

“Dia telah tinggal di rumahnya di bawah kuarantin kendiri selepas menghadiri sidang DUN Pulau Pinang pada 2 September dan telah kemudiannya diuji negatif.

“Pada 6 September, Kementerian Kesihatan secara rasminya telah mengeluarkan arahan kuarantin kendiri di rumah dari 1 sehingga 10 September dan mewajibkan Lim memakai gelang merah jambu,” kata kenyataan tersebut.

Menurutnya lagi, Lim tidak keluar ke tempat awam untuk melaksanakan aktiviti selepas 2 September.

Semalam, Pemuda Gerakan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.

Jurucakapnya, Mohd Aswaad Jaafar mempersoalkan kenapa ahli Parlimen Bagan itu boleh hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2 September lepas, sedangkan beliau diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dalam perbicaraan kes empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu telah diarah menjalani perintah kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 1 hingga 10 September depan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles