Thursday, October 21, 2021

Buktikan kesalahan saya, Najib cabar Justo

Bekas perdana menteri itu menjawab pembongkar maklumat 1MDB itu dalam beberapa siri soalan.

Other News

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini memberikan respons kepada pembongkar maklumat 1MDB, Xavier Justo, mencabarnya untuk membuktikan dakwaannya beliau di belakang penyelewengan dana dari PetroSaudi International.

Dalam tulisan di Facebook, Najib turut menanyakan beberapa siri soalan kepada bekas pengarah PetroSaudi yang semalam menggesanya untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental selepas dituduh mencuri data sebagai tukaran kepada wang dari ahli perniagaan berpusat di United Kingdom.

“Terima kasih kerana bimbang berhubung kesihatan mental saya. Dengan gembiranya saya ingin melaporkan, saya berada dalam keadaan baik,” katanya.

“Tetapi saya mempunyai beberapa soalan.”

Beliau menggesa Justo untuk membuat hantaran bagi mendedahkan “dokumen-dokumen dari e-mel yang anda simpan mengatakan saya yang mendalangi pengelewengan duit oleh PetroSaudi”.

Menurutnya, peguam-peguamnya tidak pernah menemui sebarang bukti, malahan katanya bukti menunjukkan beliau tidak terlibat.

“Saya terkejut anda panggil saya penipu atau gila walaupun memetik link-link media yang telah tersedia di mata awam berbanding penafian-penafian yang dilakukan anda,” katanya merujuk laporan The Edge bertarikh Jun 2018.

Semalam, Justo dalam satu hantaran di media sosial telah membidas Najib, mendakwa bekas perdana menteri itu menulis perkara yang tidak benar mengenai dirinya dan beberapa orang lain.

Beliau memberikan respons terhadap hantaran Najib terdahulu yang mengatakan tidak ada dokumen atau e-ml yang didedahkan oleh Justo tersebut menunjukkan salah laku telah dilakukan oleh beliau berhubung skandal 1MDB.

Bagaimanapun Justo berkata, bukti-bukti tersebut adalah di beberapa mahkamah termasuk di Switzerland, Malaysia dan Amerika Syarikat yang boleh menunjukkan Najib bersalah.

Najib dalam hantarannya hari ini turut mempertanyakan mengapa Justo perlukan sehingga empat tahun selepas peletakan jawatannya untuk menunjukkan bukti-bukti tersebut, dan mengapa beliau berkata dalam sebuah temu bual Al-Jazera bahawa beliau tidak pasti sama ada beliau akan membongkar skandal 1MDB jika PetroSaudi membayar beliau beberapa juta Swiss francs.

“Apakah benar anda jumpa dan ugut majikan-majikan anda di Thailand pada 2013?” tambahnya.

“Jika perkara ini tidak benar dan kesalahan itu tidak berlaku di Thailand, kenapa mahkamah-mahkamah di Bangkok memiliki bidang kuasa supaya anda didakwa dan dihukum selama tiga tahun dalam penjara? Dan kenapa anda tidak kecam sistem perundangan Thailand kerana memenjarakan anda tanpa berlandaskan undang-undang atau bahkan merayu sabitan kesalahan anda?”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles