Wednesday, October 20, 2021

Angka kematian harian tinggi berpunca daripada ‘backlog’, kata Khairy

Menteri Kesihatan berkata penambahbaikan akan dibuat bagi proses mengumpul data supaya kematian yang diumumkan mengikut tarikh kematian.

Other News

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini berkata kes kematian tinggi akibat Covid-19 yang dilaporkan setiap hari tidak semestinya menggambarkan kadar kematian sebenar berikutan catatan “backlog” atau tertunggak dalam pengumpulan data.

Bercakap di sidang media hari ini, beliau berkata tunggakan itu adalah berpunca daripada prosedur klinikal yang memerlukan siasatan dan pengesahan kematian sebelum mereka dimasukkan ke dalam statistik Covid-19.

“Jika kita llihat di Selangor, laporan menunjukkan kematian semakin tinggi, sedangkan angka sebenar kematian bagi hari tersebut mungkin sebenarnya menurun,” katanya sambil menambah penambahbaikan akan dilaksanakan bagi melancarkan prosedur tersebut.

“Sebelum ini, proses laporan memerlukan kita untuk tunggu sehingga autopsi dan proses pengumpulan data dijalankan bagi mengesahkan punca kematian.”

“Ini akan ambil masa beberapa hari. Sekarang , kita akan ambil tarikh sebenar kematian untuk statistik kita, dan kemudian kita akan lakukan post-mortem mengikut prosedur klinikal.”

Beliau berkata jika wujud perubahan, penjelasan akan dibuat dan data tersebut akan dipinda.

“Dengan prosedur baru ini, kita akan umumkan kes-kes kematian mengikut tarikh sebenar kematian.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles