- Iklan -
Berita

Remaja di Labuan, Lembah Klang akan terima vaksin Covid-19 selepas Sarawak

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 telah memberi kelulusan bagi pelaksanaan inokulasi remaja.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dos vaksin pada picagari dengan berlatar belakang bendera Malaysia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di Cheras
Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dos vaksin pada picagari dengan berlatar belakang bendera Malaysia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di Cheras

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata remaja di Labuan dan Lembah Klang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 selepas ia dijalankan di Sarawak yang memulakan vaksinasi kepada remaja di bawah 18 tahun hari ini.

Dalam ciapan Twitter, Khairy berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah memberi kelulusan bagi pelaksanaan inokulasi remaja.

“Sarawak akan mulakan vaksinasi remaja berusia 16-17 tahun hari ini dan 12-15 tahun yang memiliki risiko tinggi dan masalah kesihatan kronik.

“Labuan dan Lembah Klang akan menyusul. Kita akan berikan vaksin Pfizer,” katanya.

Sebanyak 76,400 remaja di Sarawak mula menerima vaksin mereka hari ini.

Kumpulan itu terdiri daripada mereka yang berusia 16 hingga 17 tahun dan kanak-kanak daripada usia 12 hingga 15 tahun yang mempunyai risiko tinggi penyakit.

Semalam, Khairy Khairy berkata mereka akan menerima dos vaksin yang sama dengan golongan dewasa.

“Selepas kumpulan awal ini, vaksin akan diberi kepada mereka yang berusia 14 dan 15 tahun, dan disusuli kanak-kanak berusia 12 hingga 13 tahun,” katanya.