Tuesday, September 28, 2021

Kuala Lumpur, Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 PPN

Peralihan itu akan berkuat kuasa pada 10 September depan.

Other News

Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Jumaat, 10 September, kata Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim.

Dalam sidang media hari ini, Shahidan berkata, Labuan pula akan dijadikan seperti Pulau Langkawi, Kedah yang dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan masyarakat khususnya warga kota terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Mulai 10 haribulan ini (10 September) Wilayah Persekutuan akan masuk ke Fasa Kedua. Labuan sama seperti Langkawi,” katanya pada sidang media hari ini.

PPN untuk wabak Covid-19 terbahagi kepada empat fasa di mana peralihan fasa akan membenarkan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial dalam negara.

Kedah, Johor, Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya ketika ini masih di Fasa Satu.

Melaka, Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah, Perak dan Pulau Pinang yang kini berada dalam Fasa Dua.

Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak kini beralih dalam Fasa Tiga.

Sementara Labuan menjadi satu-satunya negeri yang berada di Fasa Empat ketika ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata negara akan memasuki fasa endemik pada akhir bulan Oktober depan.

Menurutnya, Covid-19 akan diuruskan seperti penyakit-penyakit endemik lain, dan KKM sedang menyiapkan pelan peralihan negara kepada norma baru.

“Kita perlu sedia terima hakikat walaupun kita berjaya mengawal Covid-19,dari segi kes jangkitan, kematian dan kemasukan ke hospital.

“Kita perlu terima hakikat Covid-19 ini akan menjadi endemik, dan kita hidup bersama dengan virus ini.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles