Tuesday, September 28, 2021

Kes baru, kematian akibat Covid-19 jangkau 19,000

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 3,100 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,989 kes jangkitan.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,733 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,900,467 kes.

Kes harian Sarawak kekal tertinggi sebanyak 3,100 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2,989 kes jangkitan.

Angka itu disusuli Pulau Pinang (2,474), Sabah (2,067), Johor (1,867), Kedah (1,564), Kelantan (1,471), Perak (1,319), Terengganu (904), dan Pahang (700).

Hanya Labuan (7) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 22,701 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,632,631.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 248,673 kes.

Dalam pada itu, 904 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 430 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 361 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 19,163.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles