- Iklan -
Berita

SPR diarah laksana Undi 18, kata menteri

Setakat ini, kerajaan belum membuat keputusan untuk membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggu Kuching.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Suruhanjaya Pilihan Raya diarahkan untuk mengikut keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Undi 18. Gambar: Bernama
Suruhanjaya Pilihan Raya diarahkan untuk mengikut keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Undi 18. Gambar: Bernama

Menteri Undang-Undang Wan Junaidi berkata kerajaan belum membuat keputusan untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut dan arahan daripada Mahkamah Tinggi Kuching itu masih kekal sebagai undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Belum lagi diputuskan, kena dapat perbincangan mendalam dengan Jabatan Peguam Negara dan mendapat keputusan dasar daripada jemaah menteri,” katanya.

Junaidi berkata antara perkara berbangkit selepas Parlimen meminda Perlembagaan untuk menurunkan umur pengundi dan calon adalah apabila terdapat negeri yang belum membuat pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri bagi melaksanakan pencalonan 18 tahun sebagai calon ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri terbabit.

Beliau berkata perbincangan menyeluruh perlu diadakan antara SPR dan Jabatan Peguam Negara mengenai tindakan yang perlu diambil jika negeri-negeri berkenaan masih tidak bersetuju dengan penurunan umur menjadi calon Adun.