Tuesday, September 28, 2021

Mahkamah Tinggi tolak saman Anwar cabar pelaksanaan akta MKN 2016

Peguam Anwar memaklumkan perkara itu kepada selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan hakim Ahmad Kamal Md Shahid.

Other News

Mahkamah Tinggi menolak saman pemula difailkan Presiden PKR Anwar Ibrahim bagi mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN 2016).

Peguam J. Leela, yang mewakili Anwar memaklumkan perkara itu kepada Bernama selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan hakim Ahmad Kamal Md Shahid hari ini yang turut disertai peguam kanan Persekutuan S. Narkunavathy bertindak bagi pihak MKN dan kerajaan selaku defendan.

Leela berkata hakim Ahmad Kamal menolak saman pemula itu tanpa perintah untuk kos berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa Akta MKN 2016 adalah sah dan berperlembagaan.

“Mahkamah Persekutuan pada 6 Ogos telah mengeluarkan perintah supaya kes saman itu dilupuskan di Mahkamah Tinggi dan berdasarkan perintah tersebut, hakim Ahmad menolak saman pemula berkenaan,” kata peguam itu.

Dalam keputusan majoriti 5-2, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Akta MKN 2016 adalah sah dan berperlembagaan selepas menjawab persoalan perundangan mengenai keperlembagaan akta itu yang dibangkitkan Anwar berkaitan saman pemula tersebut.

Persoalan perundangan itu didengar semula selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 September tahun lepas membenarkan permohonan Anwar untuk mengetepikan satu keputusan majoriti pada 11 Feb yang enggan menjawab persoalan perlembagaan berhubung kesahan akta berkenaan.

Pada 11 Februari tahun lepas, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 5-2 enggan menjawab persoalan perlembagaan yang dibangkitkan Anwar mengenai MKN.

Anwar memfailkan saman pemula pada 2016 untuk mencabar perlembagaan MKN, dengan mendakwa pelaksanaannya tidak berperlembagaan dan menamakan MKN dan kerajaan sebagai defendan.

Pada 14 Mac 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anwar mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan perlembagaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles