- Iklan -
Berita

Azeez belum bebas pertuduhan rasuah, kata SPRM

Azeez berkata mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kes berkenaan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim bebeas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Gambar: Bernama
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim bebeas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Gambar: Bernama

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membidas laporan media yang memetik hujah seolah-olah Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim bebas daripada semua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, mengatakan mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kes berkenaan.

SPRM berkata rayuan Azeez baru didengar semalam untuk menolak permohonan tersebut selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dirayu di Mahkamah Rayuan.

“Susulan daripada itu, laporan media memetik hujahan peguam seolah-olah Abdul Azeez telah bebas kesemua pertuduhan.

“Sedangkan mahkamah belum membuat keputusan berhubung kes berkenaan,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini,” katanya.

MENYUSUL LAGI