Tuesday, September 28, 2021

18 ibu hamil meninggal dunia akibat Covid-19 di Johor

Vidyananthan berkata kerajaan negeri meningkatkan pemantauan berterusan terhadap ibu hamil termasuk menggalakkan mereka mendapatkan vaksinasi.

Other News

Sebanyak 18 kes kematian akibat Covid-19 membabitkan ibu hamil dilaporkan di Johor sehingga semalam, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Memandang serius perkara itu, Exco Kesihatan R Vidyananthan berkata pihaknya meningkatkan pemantauan berterusan terhadap ibu hamil termasuk menggalakkan mereka mendapatkan vaksinasi.

“Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), jumlah ibu hamil di Johor yang menerima satu dos suntikan vaksin adalah seramai 30,000 orang, manakala seramai 9,177 lagi sudah lengkap dua dos,” katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan DUN Johor ke-14 hari ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles