- Iklan -
Berita

Kes baru menurun ke paras 17,000, Sarawak atasi Selangor dalam kes harian

Kes harian Sarawak sebanyak 3,714 hari ini mengatasi Selangor yang mencatat 2,126 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada penduduk Orang Asli Temuan di dalam ambulans yang dijadikan pusat vaksin bergerak di Sungai Gabai, Hulu Langat.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada penduduk Orang Asli Temuan di dalam ambulans yang dijadikan pusat vaksin bergerak di Sungai Gabai, Hulu Langat.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 17,352 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,862,187 kes.

Kes harian Sarawak sebanyak 3,714 hari ini telah mengatasi Selangor yang mencatat 2,126 kes jangkitan.

Angka itu disusuli Johor (2,101), Sabah (1,844), Kedah (1,599), Pulau Pinang (1,558), Kelantan (1,213), Perak (1,082), Terengganu (700), dan Pahang (463).

Hanya Labuan (5) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 20,201 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,591,028.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 252,668 kes.

Dalam pada itu, 975 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 435 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 272 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 18,491.