Sunday, September 26, 2021

Anak Muammar Gadafi dibebas daripada hukuman penjara

Pembebasan Saadi adalah sejajar keputusan mahkamah beberapa tahun lalu namun tidak menjelaskan sama ada beliau masih berada di Libya atau tidak.

Other News

Anak bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang diguling dan dibunuh pada 2011, Saadi Gaddafi dibebaskan dari penjara, kata sumber kementerian perundangan kepada AFP, semalam.

Menurut sumber itu, pembebasan Saadi adalah sejajar keputusan mahkamah beberapa tahun lalu namun tidak menjelaskan sama ada beliau masih berada di Libya atau tidak.

Semalam, laporan media mendakwa Saadi menaiki penerbangan ke Turki.

“Beberapa bulan lalu, ketua pendakwa raya meminta agar keputusan berkait Saadi Gaddafi dilaksanakan sebaik saja semua syarat ditetapkan sudah dipenuhi,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, Saadi bebas untuk tinggal di Libya atau sebaliknya.

Saadi yang berusia 47 tahun terkenal dengan gaya hidup mewah sepanjang pentadbiran bapanya.

Beliau melarikan diri ke Niger susulan tunjuk perasaan yang disokong NATO pada 2011.

Bagaimanapun, Saadi diekstradisi ke Libya pada 2014.

Saadi yang juga bekas pemain bola sepak profesional, dipenjarakan di Tripoli atas pertuduhan jenayah terhadap penunjuk perasaan pada 2011 dan membunuh jurulatih bola sepak Libya, Bashir al-Rayani, pada 2005

Pada April 2018, Mahkamah Rayuan membebaskan beliau daripada pertuduhan membunuh al-Rayani.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles