Tuesday, September 28, 2021

Radzi bincang pembukaan semula sekolah dengan wakil PIBG di Labuan

Antara perkara yang dibincangkan adalah pandangan dan cadangan daripada PIBG mengenai pembukaan sekolah secara berperingkat.

Other News

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin hari ini mengadakan siri pertama perbincangan bersemuka dengan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menengah dan rendah di Labuan, mengenai pembukaan sesi persekolahan pada 3 Oktober depan.

Perbincangan tertutup itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang membabitkan 50 wakil dari 17 sekolah menengah dan 10 sekolah rendah.

Antara perkara yang dibincangkan adalah pandangan dan cadangan daripada PIBG mengenai pembukaan sekolah secara berperingkat.

Radzi turut mengadakan perbincangan dengan guru besar dan pengetua mengenai sistem yang sesuai bagi pembukaan semula sesi persekolahan dan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau dijadual menyambung perbincangan dengan para guru berhubung isu sama esok.

Radzi dalam lawatan kerja dua hari ke Labuan bermula hari ini, lawatan sulung beliau ke pulau bebas cukai itu setelah dilantik sebagai menteri pendidikan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles