- Iklan -
Berita

Khairy akan bincang dengan menteri pendidikan wajibkan vaksinasi guru

Mandat sama ada vaksinasi akan diwajibkan ke atas golongan itu atau sebaliknya mempunyai implikasi perundangan yang tersendiri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Vaksinasi guru penting bagi menjamin keselamatan murid dan lingkungan sekolah dari Covid-19.
Vaksinasi guru penting bagi menjamin keselamatan murid dan lingkungan sekolah dari Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Radzi Jidin mengenai mandat vaksinasi untuk guru.

Beliau berkata mandat sama ada vaksinasi akan diwajibkan ke atas golongan itu atau sebaliknya mempunyai implikasi perundangan yang tersendiri.

“Saya perlu mengadakan perbincangan dengan pihak kementerian pendidikan (KPM). Terdapat juga implikasi perundangan, jadi pihak kami perlu berbincang dengan menteri pendidikan mengenai mandat ini sama ada ia boleh diwajibkan,” katanya dalam temu bual khas di kementerian kesihatan semalam.

Terdahulu, Radzi berkata KPM telah menetapkan bahawa guru yang enggan divaksin tidak akan dibenar berinteraksi dengan pelajar secara bersemuka apabila sekolah dibuka pada 3 Okt bagi memastikan ekosistem sekolah adalah selamat untuk pelajar.

Beliau berkata masih terdapat seramai 2,500 guru yang tidak divaksin manakala sejumlah 96.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 85.26% sudah melengkapkan dua dos suntikan.