- Iklan -
Berita

Sabah, Kedah, Perak catat lebih 100% penggunaan katil ICU, kata KP kesihatan

Sementara itu, kadar penggunaan katil ICU di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor hampir 100%.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana wad ICU di Hospital Labuan. Beberapa negeri mencatat penggunaan katil ICU melebihi 90% ketika ini. Gambar: Bernama
Suasana wad ICU di Hospital Labuan. Beberapa negeri mencatat penggunaan katil ICU melebihi 90% ketika ini. Gambar: Bernama

Kapasiti penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) untuk merawat pesakit Covid-19 di Sabah, Kedah dan Perak kini melebihi 100%, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata setakat 1 September penggunaan katil ICU di Sabah yang mempunyai 145 katil adalah 126% manakala di Kedah yang mempunyai kapasiti 104 katil adalah 121% dan Perak yang mempunyai 90 katil adalah 107%.

Dr Noor Hisham berkongsi data itu dalam infografik melalui laman Twitternya hari ini.

Dalam infografik sama juga menunjukkan Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor menunjukkan penggunaan katil ICU hampir 100% iaitu Selangor dan Kelantan masing-masing 99% manakala Pulau Pinang 96% dan Johor 95%.

“Bagi seluruh Malaysia, penggunaan katil bukan ICU setakat semalam ialah 78% manakala penggunaan katil ICU 90%,” katanya.