Sunday, September 26, 2021

Di sebalik tabir kejayaan pasukan Paralimpik Malaysia

Penganalisis sukan Pekan Ramli berkata pengurusan pasukan Paralimpik negara adalah antara yang terbaik di Asia.

Other News

Maklumat dan perihal pasukan Paralimpik Malaysia yang beraksi selepas kontinjen Olimpik negara di temasya sukan dunia Tokyo 2020 barangkali kurang diketahui ramai.

Ketika pasukan Olimpik membawa pulang dua pingat – perak dan gangsa bagi acara lumba basikal dan badminton – pasukan Paralimpik pula setakat ini mendahului satu pingat, membawa pulang satu emas dan dua perak sebelum tirai temasya sukan itu dilabuhkan pada 5 September depan.

Bercakap kepada MalaysiaNow, penganalisis sukan Dr Pekan Ramli berkata pengurusan kontinjen Paralimpik negara antara yang terbaik di Asia.

Beliau berkata, Majlis Paralimpik Malaysia merupakan antara persatuan sukan yang sangat aktif sejak tahun 1990-an dan sangat menjaga hal kebajikan atlet paralimpik.

“Kita berjaya membentuk atlet paralimpik bertaraf antarabangsa menerusi sistem latihan yang sistematik dengan jurulatih yang berupaya membimbing selain menerima sokongan begitu baik daripada kerajaan,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Dengan sokongan berterusan daripada Majlis Sukan Negara dan kerajaan, ia terus mendorong melahirkan atlet paralimpik kebangsaan.”

Baru-baru ini atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila beliau merangkul pingat emas bagi acara powerlifting kelas 72kg.

Sebelum itu di Sukan Paralimpik Rio pada 2016, Malaysia merekodkan tiga pingat emas yang disumbang oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100 meter T36), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh T20).

Pencapaian ini skali gus menyebabkan ramai menyifatkan bahawa atlet paralimpik lebih menyerlah berbanding atlet olimpik negara apabila pencapaian tertinggi direkodkan di Sukan Olimpik hanyalah pingat perak.

Bagaimanapun Pekan menegaskan pencapaian kedua-dua kategori temasya tersebut tidak wajar dibandingkan kerana mempunyai kriteria dan penanda aras yang berbeza.

“Membandingkan pencapaian antara atlet Olimpik dan paralimpik adalah tidak adil dan tidak tepat.

“Sukan Olimpik mempunyai banyak nilai tambah dalam konteks meningkatkan prestasi atlet. Ada pelbagai teknologi, makanan tambahan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, persaingan di peringkat olimpik juga disifatkan lebih mencabar apabila terdapat begitu banyak peringkat saringan yang perlu dilalui.

“Contohnya, acara 100 meter Sukan Olimpik mempunyai berpuluh peringkat saringan, jadi nak masuk ke peringkat akhir pun sudah susah. Tidak semua negara boleh hantar jumlah peserta ikut suka hati.

“Acara 100 meter di Sukan Paralimpik pula mempunyai hampir 20 kategori berbeza. Jadi ada kalanya jumlah peserta tidak cukup. Malah, saringan tidak begitu banyak, mungkin hanya bertanding satu pusingan saringan sebelum masuk ke peringkat akhir,” ulasnya.

Namun begitu, beliau berkata, jumlah pemberian insentif yang sama kepada atlet paralimpik dan atlet olimpik membuktikan bahawa pencapaian mereka dilihat sebagai sama penting.

Selain Bonnie, pingat kedua negara diperolehi apabila atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107kg.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles