Monday, September 27, 2021

Umno fail notis tidak teruskan rayuan tuntut wang RM116.7 juta

Rayuan tuntutan Umno tersebut sepatutnya dijadual akan didengar Mahkamah Rayuan hari ini.

Other News

Umno memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung samannya bagi menuntut semula wang berjumlah RM116.7 juta yang disita polis semasa serbuan di Pavilion Residences.

“Kami telah diarahkan oleh Umno memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan yang telah dilakukan pada Isnin lepas (30 Ogos) atas alasan ia kini bersifat akademik,” kata peguam Tania Scivetti dalam mesej di aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Beliau berkata kes saman membabitkan RM116.7 juta itu sudah selesai selain ia adalah isu sama membabitkan OBYU Holdings Sdn Bhd.

Dalam kes OBYU Holdings, wang berjumlah RM114 juta yang disita daripada Pavilion Residences telah dikembalikan kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Umno susulan keputusan kerajaan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk melucut hak wang itu.

Sejumlah RM114 juta disita semasa serbuan polis ke atas satu unit kondominium mewah di Pavilion milik OBYU Holdings yang didakwa diseleweng daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berdasarkan senarai mahkamah, rayuan itu dijadual didengar oleh Mahkamah Rayuan hari ini. Bagaimanapun, ia telah dikeluarkan susulan pemfailan notis untuk tidak meneruskan rayuan itu.

Pada 21 Mac 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan polis dan kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman yang difailkan Umno bagi menuntut agar wang sebanyak RM116.7 juta dipulangkan kepada parti politik itu.

Penyataan tuntutan Umno antara lain memohon deklarasi bahawa penggeledahan dan penyitaan yang dilakukan pada 17 Mei 2018 di premis terbabit di Tower B, Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan adalah salah di sisi undang-undang.

Parti itu menamakan timbalan pengarah (risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Sakri Arifin, Penolong Pesuruhjaya Polis JSJK R Rajagopal, Pengarah JSJK Bukit Aman Amar Singh Ishar Singh, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun dan kerajaan sebagai defendan.

Umno turut memohon perintah agar wang berjumlah RM43.3 juta iaitu perbezaan jumlah RM160 juta dan RM116.7 juta dipulangkan kepada parti itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles