Monday, September 27, 2021

Saya tak ambil bahagian dalam penolakan usul kosongkan jawatan, kata speaker

Azhar Harun berkata beliau tidak ambil bahagian dalam membuat keputusan berkenaan usul-usul mengosongkan jawatan beliau sebagai speaker Dewan Rakyat, dan ia diserahkan kepada timbalannya.

Other News

Azhar Harun hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang kaitan berkenaan penolakan 15 usul untuk mengosongkan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, mengatakan sebarang keputusan berkenaan perkara itu akan dibuat oleh timbalannya, Mohd Rashid Hasnon.

Beliau berkata pejabatnya maklum mengenai usul-usul mengosongkan jawatan tersebut namun menjelaskan beliau tidak tidak akan campur tangan mengenai usul tersebut.

“Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa cara sekalipun atau campur tangan di dalam apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut.

“Malah saya tidak tahu menahu mengenai apa-apa keputusan yang mungkin dibuat oleh timbalan yang di-pertua mengenai usul-usul tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhar juga turut menafikan laporan Utusan Malaysia yang mengatakan beliau “mengenepikan usul berkenaan daripada dibahas” selain turut menyifatkannya mempunyai unsur “innuendo” seolah usul tersebut ditolak oleh beliau.

“(Ia) adalah tidak benar dan saya anggap bersifat pembohongan dan fitnah dan dibuat untuk menjatuhkan reputasi saya.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat,” kata Azhar.

MENYUSUL LAGI

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles