- Iklan -
Berita

Norazlan dilantik timbalan ketua pesuruhjaya SPRM yang baru

Norazlan Mohd Razali, menggantikan Shamshun Baharin Mohd Jamil yang bersara wajib.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Ketua Pengarah SPRM Norazlan Mohd Razali (kanan) menunjukkan surat pelantikan dalam Majlis Paluan Berundur yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat SPRM, semalam. Gambar: Facebook
Timbalan Ketua Pengarah SPRM Norazlan Mohd Razali (kanan) menunjukkan surat pelantikan dalam Majlis Paluan Berundur yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat SPRM, semalam. Gambar: Facebook

Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norazlan Mohd Razali dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baru berkuat kuasa hari ini.

Norazlan, 57, menggantikan Shamshun Baharin Mohd Jamil yang bersara wajib.

Menurut SPRM dalam kenyataan hari ini, Norazlan yang mula menyertai SPRM pada 9 Februari 1989 pernah memegang jawatan sebagai pengarah bahagian Pengurusan Integriti Agensi, pengarah SPRM Selangor, pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca), Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan pengarah SPRM Johor.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Hishamuddin Hashim dilantik sebagai pengarah kanan Siasatan SPRM yang baru menggantikan Norazlan berkuat kuasa pada tarikh sama.

“Ketua Unit Integriti Kementerian Pengangkutan Tan Kang Sai dilantik sebagai pengarah kanan Bahagian Operasi Khas menggantikan Hishamuddin,” demikian menurut kenyataan itu.